Lemang oh Lemang

Posted: 22 September, 2008 in Babbles & Rants

Sempena menyambut Hari Raya tahun ni, saya ambil kesempatan untuk berkongsi resepi buat lemang … pictorial style.

memula kita carik buluh. buluh mesti mempunyai ruas yang panjang dan kilit tak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Kalau buluh terlalu tebal, lemang lambat nakmasak dan kalau buluh terlalu nipis, nanti lemang tergaring pulak. Tak enak gitu.
Sementara kita potong buluh tu, mak ker, isteri ker, uwan ker boleh tolong cuci beras pulut …
Sambil tu jugak kena siapkan daun pisang muda untuk buat "lining" lemang. Daun perlu dipotong menepati saiz buluh lemang … selalunya panjang sikit dari buluh lemang tu.
Perlu diingatkan sekali lagi, lakukan kerja lining buluh lemang ni dengan berhati hati, jangan sampai terkoyak daun pisang tu.
Dah siap dengan buluh, si ta siapkan bahan bahan untuk isinya pulak. Bahan utama adalah pulut dan santan. Tadi pulut dah si bersihkan, sekarang kita perah pulak santan.
tambah garam secukup rasa dan campurkan pulut yang telah dibersihkan tadi. Kemudann bolehlah kita isikan buluh tadi dengan campuran pulut dan santan tadi.
Dah siap isi semua buluh buluh tu boleh la bakar pulak.
Sekarang tunggu la dan kawal api supaya tidak terlalu besar. Proses masak ni dalam masa lbih kurang 3 hingga 4 jam gak tengok ketebalan buluh, dan kawalan api. Sekali sekala kena hentak sikit buluh tu untuk memampatkan pulut.
Sah siap masak boleh makan.
dah siap potong lemang tu, sedap dihidang bersama rendang. Bestttt!!!!

Read and post comments |
Send to a friend

Advertisements
Comments
  1. Affy says:

    wahh… makan lemang yg paling best ialah bila baru lepas masak…. lembutnyer… mashyukkkk… hermm.. yummy… resepi senang giler okay… tapi tang mana nak cari buluh tu… satu hal jugak…

  2. PIPS Guy says:

    Wow… nice, cam buku resepi lak ;-)U dh kt kg ke bro? Awal cuti… Slmt ari raye k 😉